Ahad, 6 Jun 2010

Kampung Buang Sayang!!!!! Black Area??

7
06.June.2010 - Kampung Buang Sayang II di labelkan sebagai kawasan yang merbahaya untuk di lalui "Black Area" oleh penduduk daerah Papar. Pelbagai spekulasi yang wujud berkenaan kenyataan ini.

Apakah sebenarnya yang menjadi punca kebarangkalian kawasan perkampungan Kampung Buang Sayang bakal menjadi pusat utama penghijrahan PATI di daerah Papar satu hari nanti? Jika sekarang kita cuma melihat 70 atau 90 orang sahaja yang berkeliaran dan menetap di kampung itu, tidak mustahil pada satu masa nanti akan betambah jumlahnya kepada 200 sehingga 300 orang penduduk dan mungkin melebihi jumlah penduduk asal kampung Buang Sayang itu sendiri.

Siapakah yang harus bertanggung jawab dengan "keselesaan" PATI ini untuk terus hidup bersuka-ria di kampung ini? Masalah politik? Pihak berkuasa? Ataupun orang kampung?

Berdasarkan pandangan umum, rata-rata ramai yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka seperti yang sepatutnya. Walau bagaimanapun adalah tidak adil apabila kita hanya menuding jari sesuka hati tanpa meneliti keadaan yang sebenar.


Baru-baru ini pasukan Polis Papar telah menjalankan operasi menangkap pendatang tanpa izin dan telah berjaya menangkap seramai 17 orang yang tidak mempunyai dokumen untuk berada di negara ini. Manakala selebihnya pula memiliki dokumen IMM13 dan passport. 

Oleh itu, sekiranya pihak berkuasa telah melaksanakan tangkapan demi tangkapan yang berterusan untuk mengatasi masalah kehadiran PATI ke kampung Buang Sayang dan keputusannya tetap sama dimana mereka ini masih tidak takut untuk sesuka hati menetap di kampung ini , apakah yang menjadi puncanya sebenarnya?


1. Penduduk kampung yang sewenang-wenangnya menyewakan rumah kepada PATI semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang ala kadar? Memberikan punca air dan bekalan elektrik secara percuma?

2. Sikap penduduk kampung yang hanya memandang sebelah mata? Atau takut dengan PATI ini kerana dikatakan mereka akan mengganas sekiranya ada yang berani buka mulut?

3. JKKK langsung tidak bertugas? Leka , lalai atau buat-buat tidak tahu?

Jika inilah yang menjadi punca sebenar bilangan PATI masih tidak berkurang bahkan bertambah dari semasa ke semasa. Siapakah yang harus bertanggung jawab? Tepuk dada tanya selera.

Kerjasama pelbagai pihak amat di perlukan dalam menangani masalah ini. Kehadiran PATI bukan sahaja menggugat kewujudan kita sebagai anak bangsa daerah ini walhal telah memberikan wajah yang "buruk" di mata pelancong yang datang ke daerah Papar.







7 Response to Kampung Buang Sayang!!!!! Black Area??

Tanpa Nama
6 Jun 2010 pada 10:08 PTG

Tangkap sja org kg yg kasi sewa tu.. kan ada kuar sabah times tu ari..apala...

Tanpa Nama
7 Jun 2010 pada 10:53 PG

bakar rumah bisidia atu...

Tanpa Nama
9 Jun 2010 pada 7:15 PTG

apakah tindakan yang telah di ambil? malah ada yang sanggup menjual tanah dengan secara tidak langsung membolehkan mereka menjadi penduduk warga kampung. sempena banci penduduk tahun ini adakah mereka ini akan di banci???

warga kampung yang risau

saidah
11 Julai 2010 pada 10:47 PTG

timbak ja dorg..hehe..sakit ati betul

14 Oktober 2010 pada 2:40 PTG

waaa.. black area? patut la sana sini PTI berkeliaran. seharusnya penyewa yang dikenakan tindakan. mereka sewenang2 nya jak memberi sewa tempat tinggal kpd PTI.

Tanpa Nama
15 Oktober 2010 pada 12:38 PTG

sbelah rumah ni da PATI tanpa di undang......tolong bantu...hidup di kg seperti di perairan pelipin....tak tenang

Tanpa Nama
28 Ogos 2011 pada 5:38 PG

tangkap ja pilak² d kg ku atu...hahaha

Catat Ulasan