Isnin, 12 Julai 2010

Pencemaran Sungai -Tanggungjawab Siapa?

2
Cintailah Sungai Kita - Itulah slogan yang terpampang besar suatu ketika dahulu. Namun ianya hanya slogan semata-mata dan hanya segelintir masyarakat Papar yang mengamalkan propaganda itu.

Sekitar tahun 2010 ini kebersihan sungai Papar agak kurang memuaskan. Pelbagai aspek yang harus kita tekankan dalam menjaga kebersihan sungai dan juga persekitaran sungai

Secara kasarnya pencemaran sungai di papar adalah disebabkan oleh,
1. Pembuangan sampah oleh penduduk kampung sewenang-wenangnya. Walaubagai manapun kita tidak boleh menyalahkan penduduk kampung. Tindakan pembuangan sampah berlaku akibat ketiadaan tong sampah yang seharusnya disediakan oleh Majlis Daerah Papar. Sepatutnya di setiap kampung MDP harus menyediakan sekurang-kurangnya sebuah tong sampah dan lori sampah melakukan kerja setiap hari ataupun setiap dua hari sekali. Itu sudah cukup memadai dalam menangani masalah pembuangan sampah ke dalam sungai dan secara tidak langsung menangani masalah pembakaran sampah secara terbuka.


2. Pembuangan najis oleh penyewa rumah pendatang asing di sepanjang sungai papar juga merupakan pencemaran yang tidak boleh di pandang rendah. Kebanyakan warga asing yang bekerja di kawasan Papar tidak memiliki bekalan air paip. Dengan mengambil jalan pintas mereka terpaksa mandi dan membuang sisa domestik ke dalam sungai Papar. Tindakan haruslah di ambil kepada penyewa dan peduduk yang menyewakan rumah di sepanjang tepi sungai papar (fokus kepada kampung buang sayang).

Tindakan yang wajar harus di laksanakan secepat mungkin. Jangan tunggu pilihanraya baru hendak bertindak. Jangan tunggu pencemaran semakin kritikal baru hendak menepuk dahi. Jangan juga harapkan kerajaan untuk bertindak, ini adalah tanggung jawab kita masing-masing sebagai penduduk papar yang prihatin. 

Jika anda sayang Papar dan sungai Papar, ambillah inisiatif dan tindakan yang sewajarnya.

Terima Kasih



***pesanan ini di sampaikan oleh Puan Hajah Maimunah Hj Ibrahim.


p/s kepada anda yang ingin melaporkan sebarang bentuk masalah berkaitan keharmonian Pekan Papar silalah email kepada paparprihatin@yahoo.com 

Terima Kasih


Ahad, 6 Jun 2010

Kampung Buang Sayang!!!!! Black Area??

7
06.June.2010 - Kampung Buang Sayang II di labelkan sebagai kawasan yang merbahaya untuk di lalui "Black Area" oleh penduduk daerah Papar. Pelbagai spekulasi yang wujud berkenaan kenyataan ini.

Apakah sebenarnya yang menjadi punca kebarangkalian kawasan perkampungan Kampung Buang Sayang bakal menjadi pusat utama penghijrahan PATI di daerah Papar satu hari nanti? Jika sekarang kita cuma melihat 70 atau 90 orang sahaja yang berkeliaran dan menetap di kampung itu, tidak mustahil pada satu masa nanti akan betambah jumlahnya kepada 200 sehingga 300 orang penduduk dan mungkin melebihi jumlah penduduk asal kampung Buang Sayang itu sendiri.

Siapakah yang harus bertanggung jawab dengan "keselesaan" PATI ini untuk terus hidup bersuka-ria di kampung ini? Masalah politik? Pihak berkuasa? Ataupun orang kampung?

Berdasarkan pandangan umum, rata-rata ramai yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka seperti yang sepatutnya. Walau bagaimanapun adalah tidak adil apabila kita hanya menuding jari sesuka hati tanpa meneliti keadaan yang sebenar.


Baru-baru ini pasukan Polis Papar telah menjalankan operasi menangkap pendatang tanpa izin dan telah berjaya menangkap seramai 17 orang yang tidak mempunyai dokumen untuk berada di negara ini. Manakala selebihnya pula memiliki dokumen IMM13 dan passport. 

Oleh itu, sekiranya pihak berkuasa telah melaksanakan tangkapan demi tangkapan yang berterusan untuk mengatasi masalah kehadiran PATI ke kampung Buang Sayang dan keputusannya tetap sama dimana mereka ini masih tidak takut untuk sesuka hati menetap di kampung ini , apakah yang menjadi puncanya sebenarnya?


1. Penduduk kampung yang sewenang-wenangnya menyewakan rumah kepada PATI semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang ala kadar? Memberikan punca air dan bekalan elektrik secara percuma?

2. Sikap penduduk kampung yang hanya memandang sebelah mata? Atau takut dengan PATI ini kerana dikatakan mereka akan mengganas sekiranya ada yang berani buka mulut?

3. JKKK langsung tidak bertugas? Leka , lalai atau buat-buat tidak tahu?

Jika inilah yang menjadi punca sebenar bilangan PATI masih tidak berkurang bahkan bertambah dari semasa ke semasa. Siapakah yang harus bertanggung jawab? Tepuk dada tanya selera.

Kerjasama pelbagai pihak amat di perlukan dalam menangani masalah ini. Kehadiran PATI bukan sahaja menggugat kewujudan kita sebagai anak bangsa daerah ini walhal telah memberikan wajah yang "buruk" di mata pelancong yang datang ke daerah Papar.







Ahad, 30 Mei 2010

Kami Warga Papar

0

Assalammualaikum & Salam sejahtera kepada semua warga Papar dan kepada pengunjung blog ini. Terima kasih atas kesudian tuan/puan untuk mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan terutamanya untuk memberikan peluang kepada penduduk papar untuk menyuarakan pendapat anda semua berkenaan Papar masa kini. 

Dan sekiranya anda juga memiliki kisah menarik berkenaan Daerah Papar silalah kirimkan artikel anda melalui email ini paparprihatin@yahoo.com


Harapan kami adalah semoga blog ini mampu menjadi perantaraan yang terbaik kepada semua penduduk daerah Papar dengan wujudnya artikel-artikel yang bakal anda semua kirimkan kepada kami.


Blog ini juga bakal menjadi tumpuan pihak media dari semasa ke semasa , jadi laksanakan tanggungjawab anda sebagai penduduk Papar yang prihatin. Terima Kasih

Sedikit maklumat berkenaan tentang Papar.

Daerah Papar terletak di persisiran Pantai Barat Sabah, ke arah selatan dari Kota Kinabalu. Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan ladang buah-buahan serta menjadi perhentian yang penting untuk mereka yang memandu ke Labuan atau Brunei.

Pekan Papar menempatkan perpustakaan, pasar, stesen kereta api, pejabat urusetia kecil, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.

Penduduk utamanya adalah dari etnik Kadazan-Dusun dan Melayu.

Antara gambar pemandangan Daerah Papar daripada pandangan atas.

 pic by Georgie Ugie