Cintailah Sungai Kita - Itulah slogan yang terpampang besar suatu ketika dahulu. Namun ianya hanya slogan semata-mata dan hanya segelintir masyarakat Papar yang mengamalkan propaganda itu.
Sekitar tahun 2010 ini kebersihan sungai Papar agak kurang memuaskan. Pelbagai aspek yang harus kita tekankan dalam menjaga kebersihan sungai dan juga persekitaran sungai
Secara kasarnya pencemaran sungai di papar adalah disebabkan oleh,
1. Pembuangan sampah oleh penduduk kampung sewenang-wenangnya. Walaubagai manapun kita tidak boleh menyalahkan penduduk kampung. Tindakan pembuangan sampah berlaku akibat ketiadaan tong sampah yang seharusnya disediakan oleh Majlis Daerah Papar. Sepatutnya di setiap kampung MDP harus menyediakan sekurang-kurangnya sebuah tong sampah dan lori sampah melakukan kerja setiap hari ataupun setiap dua hari sekali. Itu sudah cukup memadai dalam menangani masalah pembuangan sampah ke dalam sungai dan secara tidak langsung menangani masalah pembakaran sampah secara terbuka.
2. Pembuangan najis oleh penyewa rumah pendatang asing di sepanjang sungai papar juga merupakan pencemaran yang tidak boleh di pandang rendah. Kebanyakan warga asing yang bekerja di kawasan Papar tidak memiliki bekalan air paip. Dengan mengambil jalan pintas mereka terpaksa mandi dan membuang sisa domestik ke dalam sungai Papar. Tindakan haruslah di ambil kepada penyewa dan peduduk yang menyewakan rumah di sepanjang tepi sungai papar (fokus kepada kampung buang sayang).
Tindakan yang wajar harus di laksanakan secepat mungkin. Jangan tunggu pilihanraya baru hendak bertindak. Jangan tunggu pencemaran semakin kritikal baru hendak menepuk dahi. Jangan juga harapkan kerajaan untuk bertindak, ini adalah tanggung jawab kita masing-masing sebagai penduduk papar yang prihatin.
Jika anda sayang Papar dan sungai Papar, ambillah inisiatif dan tindakan yang sewajarnya.
Terima Kasih
***pesanan ini di sampaikan oleh Puan Hajah Maimunah Hj Ibrahim.
p/s kepada anda yang ingin melaporkan sebarang bentuk masalah berkaitan keharmonian Pekan Papar silalah email kepada paparprihatin@yahoo.com
Terima Kasih
Terima Kasih





